Ada ketika dalam hidup, kita cuma mampu pandang siling dan menangis. Tiada siapa yang tahu, betapa beratnya dada menanggung kecewa.
Norhaslinda Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak Lin, tahu perasaan itu.
Daripada seorang suri rumah yang ditinggalkan suami sejurus selepas melahirkan anak, kini beliau berdiri sebagai Pengarah Urusan AdDar Global Sdn. Bhd., empayar kecantikan yang telah mencapai jualan RM11.4 juta setahun, memiliki wisma sendiri bernilai RM8 juta dan rumah banglo impian bernilai RM5.6 juta.
Tapi perjalanan itu… bermula dengan air mata.
“Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup. Tapi hidup yang berguna adalah hidup yang berjuang.” – Buya Hamka
Selepas suaminya pergi meninggalkan dia dan anak kecil mereka, Kak Lin masih cuba tenang.
Tapi bila simpanan makin susut, masa depan anak makin dekat, dan tangan masih kosong… dia tahu, dia perlu berubah.
Bermula dengan jual kek secara kecil-kecilan, kemudian nekad bangunkan produk kecantikan sendiri — Sabun Magnetik yang diinspirasikan dari teknologi Brazil.Namun harapannya musnah bila sabun itu… tak terjual.
“Satu hari, hanya satu parcel. Satu bulan, cuma 20 kotak. Orang ambil percuma, produk hampir expired, rakan-rakan pula mula menjauh.”
“Orang yang tak pernah rasa pahitnya hidup, tak akan pernah kenal erti manisnya kejayaan.” – Datuk Wira Dr. Azizan Osman
Dalam keadaan buntu dan hampir menyerah, Kak Lin diperkenalkan dengan satu program: Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) oleh RichWorks.
“Waktu IMKK 2015, saya menjerit sekuat hati. Saya sedar selama ni saya hidup dalam dendam. Saya menanti sesuatu yang tak pasti. Saya marah. Saya kecewa. Tapi waktu tu saya cakap, ‘Ya Allah, cukuplah. I must move forward.’”
IMKK bukan sekadar program — ia menyentuh hati, menggugah jiwa, dan membuka jalan baru untuk Kak Lin yang selama ini hidup dalam keliru.
“Hidup ini tentang keputusan. Bukan siapa kita dulu, tapi siapa yang kita pilih untuk jadi hari ini.” – Datuk Wira Dr. Azizan Osman

Selepas IMKK, Kak Lin menyertai Millionaire Marketing Mastery (MMM) dan kemudiannya SPIRE, sebelum akhirnya masuk ke program paling eksklusif — Titanium.
Dari wanita yang tak tahu apa itu pemasaran, yang hanya harap orang simpati… kini beliau:✨ Memimpin pasukan yang besar dan profesional
✨ Menjadi contoh kepada ribuan wanita dan ibu tunggal
✨ Membina produk berkualiti tinggi, menggunakan teknologi dari Swiss, Brazil & Korea
✨ Mendapat kepercayaan pelanggan seluruh negara
✨ Melahirkan jenama AdDar Beauty yang kukuh dan penuh nilai
Transformasi360: Bila Hati Anda Siap untuk Bangkit
Kak Lin pernah hidup dalam ketakutan. Dalam kesedihan. Dalam kekosongan.
Tapi satu keputusan — hadir ke IMKK — telah membawanya dari bawah tanah ke puncak kejayaan.
Dan kini, IMKK kembali dengan versi yang lebih hebat, lebih menyentuh hati dan lebih padat impak.
Kalau anda juga sedang rasa hidup ini tak tentu arah…Kalau anda pernah ditolak, dikecewa, dipinggirkan…
Mungkin ini jalan yang Allah kirim untuk anda.