Pernah tak anda rasa seolah-olah hidup tak ke mana?
Usaha dah buat macam-macam. Bangun awal, kerja siang malam. Tapi bisnes tetap statik. Duit masuk, duit keluar. Hati penat, jiwa makin jauh. Anda mula tertanya-tanya, “Sampai bila nak hidup begini?”
Itulah realiti Mohamad Qashrie Md. Noh, pengusaha Otak-Otak Mr. Noh — sebelum beliau membuat satu keputusan yang mengubah seluruh hidupnya: hadir ke program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK).
Dari Dapur Rumah ke Kilang Terbakar
Qashrie membesar dalam keluarga yang berniaga otak-otak sejak 1997. Dulu, mereka cuma bakar otak-otak depan rumah. Untung 20 sen satu. Tapi itulah sumber rezeki mereka. Sedikit, tapi penuh maruah.
Bila perniagaan semakin membesar, mereka diuji. Disaman oleh pelbagai pihak. Kilang terbakar. Pelanggan lari kerana kualiti merosot. Semua itu berlaku dalam masa singkat. Hati siapa tak remuk?
“Saya struggle betul-betul masa tu. Saya muda lagi, tapi saya dah pikul beban keluarga. Bisnes jatuh, pelanggan kecewa. Saya rasa saya gagal.”
Imbau semula : “Saya Dah Tak Tahu Nak Buat Apa…”
Dalam keadaan yang kelam, Qashrie sedar — bisnes ini takkan ke mana kalau dia tak berubah. Pada 2014, dia ambil keputusan hadir ke seminar percuma anjuran RichWorks, Mudahnya Berniaga. Di situlah dia mula sedar… selama ni dia hanya berniaga ikut rasa, bukan ilmu.
Dari situ, dia tekad teruskan pembelajaran dalam IMKK, kemudian menyertai Millionaire Marketing Mastery (MMM) dan Titanium Circle.
“Saya tak ada duit pun masa tu. Tapi saya pinjam dari adik saya. Sebab saya dah tak nampak jalan lain. Saya tahu, kalau saya tak ubah diri saya, bisnes ni akan mati.”
Dan betul — dari situ hidupnya berubah 360 darjah.

Dari Bisnes Warisan ke Empayar Makanan Negara
Selepas IMKK dan MMM, Qashrie bukan saja belajar selok-belok bisnes, tapi dia ubah cara dia berfikir, bekerja dan memimpin. Dulu dia masuk kilang ikut suka hati. Hari ni, hidupnya ada disiplin, bisnesnya ada sistem.
Beliau bukan lagi sekadar “penjaga warisan” otak-otak keluarga, tetapi menjadi arkitek empayar makanan sejuk beku Bumiputera.
“Saya pernah tanya mak, ‘Mak… boleh ke bisnes otak-otak ni jadi besar? Untung 20 sen je.’ Mak saya jawab, ‘Insya-Allah boleh, kalau kita usaha betul-betul.’ Dan hari ini saya nampak sendiri janji tu jadi kenyataan.”
Hasil bimbingan Prof Datuk Wira Dr. Azizan Osman dan RichWorks, jualan Otak-Otak Mr. Noh kini mencecah RM14.2 juta setahun, dengan pengeluaran mencecah 100,000 unit sehari. Bukan itu saja, mereka juga meraih pelbagai anugerah dan pengiktirafan dari dalam dan luar negara.
“Transformasi360 Adalah Peluang Anda Buat Keputusan Yang Sama”
Hari ini, Qashrie berdiri sebagai bukti bahawa IMKK bukan sekadar program motivasi. Ia adalah medan lahirnya pahlawan baru dalam dunia bisnes. Orang biasa-biasa, yang buat keputusan luar biasa.
Dan sekarang, IMKK kembali dengan nafas baru: TRANSFORMASI360, pada 10 hingga 12 Mei ini.
Jika anda rasa:
- Bisnes anda stuck.
- Hidup anda hilang arah.
- Hati anda kosong dan perlukan dorongan…
Transformasi360 mungkin jawapan yang anda cari.
Jangan Tunggu Sampai Terbakar, Baru Nak Berubah
Qashrie pernah lalui saat jatuh, saat gagal, saat semua terasa hilang. Tapi satu keputusan — hadir ke IMKK — telah menghidupkan semula harapannya, dan membawa bisnes warisan keluarga ke puncak kejayaan. Bayangkan kalau anda juga buat keputusan yang sama?