Ada ketika dalam hidup, kita rasa seolah-olah segalanya gelap. Tak ada harapan. Tak tahu nak ke mana.
Itulah saat paling getir dalam hidup Mohd Farid Mohamed Sangido – pengasas bersama jenama pendidikan kanak-kanak terkenal, MommyHana. Dulu beliau cuma seorang jurutera minyak dengan gaji tetap. Tapi impian dan rasa tanggungjawab sebagai seorang ayah… telah membawanya ke jalan yang sangat berliku.
Dan satu tiket percuma ke Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) telah membuka pintu perubahan yang tak pernah dia bayangkan.
“Saya tak nak anak saya besar tanpa ayah di sisi…”
Farid berasal dari keluarga biasa. Rumah di tengah sawah, mandi air telaga, tiada bilik, tiada almari baju. Tapi semua itu bukan alasan untuk tidak berjaya. Beliau belajar bersungguh-sungguh hingga cemerlang di sekolah dan melanjutkan pengajian dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Malaya.
Selepas lima tahun bekerja sebagai jurutera minyak, Farid mula sedar — walau kerjaya nampak stabil, tapi hidupnya jauh dari impian. Lebih parah, dia mula terpisah dari keluarga kerana kerja di lokasi jauh.
“Saya tak sanggup tengok anak-anak membesar tanpa ayah mereka di sisi.”

Dari mimpi jadi bisnes – lahirlah MommyHana
Farid dan isteri, Hana Shahadan, bermula kecil. Jual tudung. Jual bunga konvo. Tapi akhirnya, mereka lahirkan idea besar – sebuah buku pendidikan interaktif untuk anak-anak. Bukan sekadar berniaga, tapi nak bantu ibu bapa lawan ketagihan gadget anak.
My First Book mula dicipta – buku bercetak yang berbunyi dan menyeronokkan. Tapi bisnes bukan mudah. Farid pernah kerugian RM200,000 dalam saham — termasuk duit simpanan mak.
“Akaun saham hilang RM20,000 setiap minit. Saya pucat. Rasa tak berguna. Dunia terus gelap.”
Tiket Percuma, Harapan Baru
Saat hampir jatuh terduduk, sahabatnya hadiahkan tiket percuma ke IMKK. Farid hanya sempat hadir sehari, tapi benih perubahan mula bercambah. Setahun kemudian, dia menyertai Millionaire Marketing Mastery (MMM) dan dari situ, segalanya berubah.
“Saya cuma nak belajar pasal cukai, tapi Allah bagi saya masuk kelas marketing. Rupanya itu yang saya paling perlukan.”
Farid mula faham erti sebenar bisnes — tentang jualan, kepimpinan, strategi dan hati. Bersama Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman dan RichWorks, Farid bukan saja ubah cara berniaga… tapi juga cara berfikir dan cara hidup.
MommyHana Bangkit, Farid Pun Bangkit
Dengan bimbingan RichWorks, MommyHana kini memiliki: Jualan mencecah RM32.5 juta setahun
✅ Lebih 30,000 ejen berdaftar
✅ Produk pendidikan inovatif dan teknologi AR pertama di dunia
✅ 4 outlet fizikal seluruh negara
✅ Pasukan kerja yang penuh semangat dan berkongsi visi
Farid tak hanya cipta kejayaan untuk syarikat — dia kembalikan maruah diri, bayar balik duit ibu dan kini bantu ribuan keluarga di seluruh Malaysia.
“Saya sedar, kejayaan bukan sekadar angka. Tapi sejauh mana kita memberi manfaat dan menyentuh kehidupan orang lain.”
Transformasi360: Bila Hidup Anda Juga Perlukan U-Turn
Hari ini, Farid berdiri sebagai seorang suami, ayah, pemimpin dan usahawan yang berjaya — kerana satu keputusan kecil: Hadir ke IMKK.
Kini, IMKK kembali dengan wajah baru — Transformasi360, program 3 hari yang bakal membuka hati dan mata anda terhadap potensi luar biasa dalam diri sendiri.
Kalau anda rasa:
- Penat tapi masih tak ke mana
- Hilang arah dan semangat
- Mahu kejayaan, tapi tak tahu jalan…
Transformasi360 adalah jawapan anda. Tuan Farid pernah tersilap, terjatuh, hilang arah. Tapi hari ini dia buktikan — bila kita sanggup berubah, Allah hantarkan jalan. Dan mungkin… artikel ini adalah jalan yang Allah hantarkan untuk anda.